Sunday 29 December 2013

Mungkinkah hati ini akan tertinggal disini


Post-khatibah, post-jaulah..

Despite kesibukan dlm study in these few weeks, with all the assignments and seminars, alhamdulillah diri yg hina ini diberi ksempatan utk keluar melihat ciptaanNya..menikmati udara segar ilham dariNya, Sang Pencipta.
Alhamdulillah Alhamdulillah.


berjalan, bermusafirlah..
melihat kesebaran Tuhan yang diciptakan..
untuk mereka yang berfikir dan bersyukur 
di atas nikmat dan kurnianya..
nilai harganya iman dan taqwa..
bagi hamba yg setia..

Nilai harganya iman dan taqwa...dengan melihat Gunung itu sepatutnya bertambah ketaqwaan kita, dengan melihat lauta yg luas itu bertambah iman kita..

ikutkan logik akal, mana mungkin aku mampu berbuat banyak perkara pada masa yg sama..
subhanaAllah, Dialah yg memberi kekuatan itu..Ya Qawiyy.

a hectic month. a miserable month . a tough mbbs module.

truly, di sebalik timbunan kerja dan beban dakwah ini, fizikalku xberdaya..namun hati kecil ini disentuh dan terus disentuh dengan ayat2 Nya, juga dengan semnngat kader2 di Al-Farouq dan Al-Kauthar..Alhamdulillah
tidak pernah aku sangka, mereka yang punya matlamat seperti aku ini mampu buat aku tersenyum, buat aku bangkit disebalik lelah ini..Allahu ghayatuna..MasyaAllah
sepanjang berada di bumi tarbiyyah ini, India, tdk pernh aku rasakan kehidupan aku sesukar ini.. tidak pernah aku bayangkan penatku sepenat ini..

jaulah ke Devangaree.. daurah tentang si Ghulam yang sanggup mati demi dakwahnya kepada sang raja yang bongkak.. Aku punya sesi berkongsi tntg asma Allah Al-FATTAH.. ( yang membuka jalan dan peluang utk hamba berhubung dgnNya"..

jiwaku tenang berkelana di sana..hati kecil ku berkobar2 utk berbuat kerana Dia..
dan di saat itu Dia campakkan rasa kerisauan..Dia ilhamkan kematian yg semakin hampir.
ya saat kematian itu hampir sekali..van yang kami naiki meletup tayarnya..
aku duduk di belakang..saat bau asap dan terbakar itu memenuhi ruang van..
akal manusia yang hina ini berkata " eh aku masih hidup, Allahu akbar, Subhanaallah Al Waliy"..
peristiwa seolah-olah menghantui aku ..

"kau mahu apa lagi dr jalan ini Hariyani, masih belum mahu berbuat ?  apa lagi yang kamu mahu Alllah tunjukkan ? masih ragu2 lagi ? masih belum mahu memberi segala jiwa dan berjihad di jalan dakwah ini ? smpai bila ?"

Aku punya nafas baru..aku seperti diberi peluang hidup buat kali kedua..
pasti, tidak akan aku sia2 kan InsyaaLLAH..
wallahi : (

ada satu petang, tatkala otak dan badan ini xmampu menganalisa apa2 dek kepenatan dan bebanan study, aku rasa ada satu kekuatan dlm solat asar itu..ada satu suara yang berkata :

" berangkatlah kamu memenui akhawat2 di luar sana, nescaya dgn melihat wajah dan semnagat mereka, kau mampu bertenaga dan bersemangat semula "

aku temui mereka dlm bulatan gembiraku..siapa sangka, Subhannaallah Dia lah yang memberi sinar2 pada wajah mereka yang mana aku rasa lega dan perasaan gembira tdk mampu aku gambarkan dlm coretan ini..entah dari mana tenaga itu datang..
aku percaya ada ruh yg suci itu dalam diri mereka..mereka yg sedang bermujahadah dgn jiwa dan raga memikul beban dakwah ini.

dan sungguh, Allah lah yang menghidupkan hati yang kering ini seperti Dia hidupakan bumi setelah matinya.. ( 57:17)

mereka yang dahulunya aku pernah berkecil hati, pernah membasuh2 minda aku dengan dakwah dan tarbiyyah ini, yang aku pernah lelah dgn ajakan mereka..tapi semakin lama, hati ini semakin tertaut dengan Allah..hati ini makin kuat di jalan dakwah ini,Alhamdulillah.
merekala yang sentiasa ada bersama menghantar surat2 cinta dr Dia, mendoakan serta membawa aku dekat pada Yang Esa.. dek ombak dan badai yang menerpa,bangkit dan jatuh aku,Allah hantarkan mereka pada stp masa.

fitrah manusia, punya dua nafsu..nafsu yang mengajak ke arah kebatilan dan nafsu yang mengajak ke arah mengesakan Allah..dan hanya hafsu yang Dia beri rahmat itu dapat memelihara kita dari segala macam duri2 dunia... ( 12:53 )  




" Jalan  ini panjang dan meletihkan bagi mreka yang hatinya lemah dan kosong " 
-Hasan Al Bana..

di jalan ini, aku bertemu Sang Pencipta aku.. di jalan ini aku kenal tujuan hidupku..
hidupku, matiku, ibadah aku.. hanya untuk Dia..
ALHAMDULILLAH YA RAHMAN.

nikmat apa lagi yang lebih besar dr nikmat memahami islam ?

Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kalian agama kalian, telah Kucukupkan kepada kalian nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu sebagai agama bagi kalian.” (al-Maidah: 3)
“Kemudian jika mereka mendebat kamu (tentang kebenaran Islam), maka katakanlah, ‘Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan (demikian pula) orangorang yang mengikutiku’. Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi al-Kitab (Yahudi dan Nasrani) dan kepada orang-orang yang ummi (orang musyrik Arab yang tidak tahu tulis baca), ‘Apakah kamu (mau) masuk Islam?’ Jika mereka masuk Islam, sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk, dan jika mereka berpaling maka kewajiban kamu hanyalah menyampaikan (ayat-ayat Allah). Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.” (Ali Imran: 20)
oh mustahil aku mampu tahu segala kebenaran ini jika aku bukan dalam gerabak dakwah ini.Alhamdulillah Dialah yang telah memilih kami, memilih dgn kualiti.. Allahu akbar.
"sungguh kematian itu pasti, jalan dakwah ini pasti, 
kemenangan Islam itu pasti, namun jadi doktor itu hanya bonus..
maka berbuatlah, laksanakan tanggungjawab kamu sbagai abid dan khalifah itu"
- akhawat

saban hari fikrah ini ditanam, dipahat sehingga ia menjadi darah dagingku..




hanya tinggal beberapa bulan di sini..hari-hari yang berbaki ini mahu aku infakkan semuanya untuk Islam..semoga hari2 yang tinggal ini dapat mnguatkan aku di jalan ini..memahatkan fikrah Islam di lubuk hati kecilku..InsyaAllah
sungguh, di bumi India ini aku dibina, aku kenal hak dan batil itu.. aku kenal ghazwatul fiqh..
merekalah yang Dia ilhamkan membentuk aku menjadi seperti aku yang hari ini..merekalah yang sabar dgn kerenah aku, tabah dengan segala mehnah dunia..

insan2 inilah yang aku boleh luangkan masa berbicara tentang Allah, tntg dakwha dan tarbiyyah..
merekalah..yang punya Allah dlm stp tutur kata dan langkah, yang aku brmuayasyah bersama..hnya mereka..mereka..
Ahli Farouq, Ahli Kauthar.
semoga Allah meredhai kamu wahai ukhti2 ku..

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah sekali-kali meninggal dunia kecuali dalam keadaan memeluk agama Islam.” (AliImran: 102)




aku pasti merindu kalian, aku pasti teringat2 bulatan gembira, daurah, khatibah, jaulah kita..
aku pasti rindu untuk duduk bersama merangaka planat membentuk manusia bersama, 
semoga kita akan dipertemukan di SyurgaNya, InsyaALLAH.