Diriwayatkan daripada Abu Sai’d beliau berkata
:
“ Sesiapa yang tidak berterima kasih kepada
manusia, maka dia tidak bersyukur kepada Allah s.w.t”
( Riwayat al-tarmizi )
Alhamdulillah, hari ini kita masih dikurniakan
nikmat hidup oleh Allah s.w.t untuk terus bertaqwa dan beribadah kepadanya. Fitrah
manusia memang suka dengan nikmat yang diberi. Kejayaan adalah nikmat bagi
orang yang berusaha dan bersusah payah. Makanan adalah nikmat bagi orang yang
lapar dan minuman adalah nikmat bagi orang yang dahaga. Sihat itu nikmat bagi
orang yang sakit. Senarai nikmat ini berterusan bak tiada penghujungnya.
Firman Allah,
“ Jika kamu menghitung nikmat Allah yang
dilimpahkanNya kepada kamu, tiadalah kamu dapat menghitungnya satu persatu,
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”
( surah an-Nahl : 18)
Thank you, Terima Kasih, Syukran, Jazakallah ..
Konsep berterima kasih kepada manusia amat
berkait rapat dengan sikap bersyukur atas nikmat Allah s.w.t. Persoalannya
,Mengapa?
Sedarkah kita bahawa sesuatu yang kita peroleh
daripada orang lain sebenarnya datang daripada Allah s.w.t? Mereka itu telah dipilih
oleh Allah s.w.t sebagai perantara. Justeru, dengan mengucapkan terima
kasih,penerima tersebut dikira mensyukuri nikmat Allah s.w.t yang diperolehnya
melaui perantaraan si pemberi.
Hal ini berdasarkan pencerahan hadis di atas
oleh Imam al-Khatabbi yang menyebutkan bahawa :
1 1) Allah s.w.t. tidak menerima sikap syukur seseorang hamba atas
nikmat kurniaannya jika dia tidak berterima kasih atas kebaikan yang dilakukan oleh
orang lain terhadap dirinya.
2 2) Seseorang yang kebiasaannya tidak berterima kasih kepada manusia atas
sesuatu yang diberikan kepadanya, kebiasaannya dia tidak bersyukur atas nikmat
Allah s.w.t
Sifat si penerima, zahirkanlah kesyukuran
“Sangat sedikit hambaKu yang bersyukur “
( surah Saba’ : 13 )
Mengapa ini berlaku ?
Realiti disebalik kejayaan yang gemilang dalam
hidup ini ialah usaha gigih dan bantuan manusia juga dengan kesihatan dan nyawa
yang dipinjamkan oleh Allah s.w.t. Buka lah mata dan sedarilah bahawa tiada
kejayaan tanpa kesihatan yang baik dan nyawa yang dianugerahkan oleh Allah.
Justeru, mengapa perlu bersikap sombong dan ego untuk mengucapkan terima kasih
kepada manusia dan bertahmid kepada Allah?
Seharusnya, sifat tawadduk dan rendah diri
harus dipupuk dalan diri kita sebagai penerima nikmat yang tidak mampu dikira
dengan jari jemari mahupun kalkulator saintifik tercanggih di dunia. Sudahkan
kita bersifat mengharap , takut, dan mencintai yang Memberi ?
Ucapkanlah "alhamdulillah, wasykur lillah"
(
segala puji bagi Allah dan segala kesyukuran juga untuk Allah).
Ucapan terima kasih kepada perantara yang
dipilih oleh Allah untuk menyampaikan nikmat itu juga perlu mekar bibir kita.
Adakah sukar untuk mengucapkan
“ Syukran
wa Jazakillah “ kepada mereka ?
(terima kasih, dan semoga Allah membalasnya).
“Ingatlah ketika Tuhan kamu memberitahu
“Demi
sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu,
dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar,
sesungguhnya azabKu amatlah keras
“
( surah Ibrahim : 7)
“ Sesungguhnya Kami telah memberi kepada
Luqman,
hikmat kebijaksanaan (serta kami perintahkan kepadanya ) Bersyukurlah
kepada Allah ( akan segala nikmat-Nya kepadamu dan sesiapa yang bersyukur maka
faedahnya itu terpulang kepada dirinya sendiri,dan sesiapa yang tidak bersyukur
(maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Alllah Maha
Kaya,lagi Maha Terpuji”
( surah Luqman : 12)
Namun, dalam era ini.. pujian dan penghargaan
hanya diberikan kepada manusia sahaja dengan melupakan Pemberi anugerah yang
hakiki iatitu Allah.
Misalnya, kita seringkali kagum dan memuji
kemurahan hati manusia tetapi lupa memuji Pemberi sifat pemurah yang wujud
dalam diri manusia. Nauzubillahi min zalik
Membalas kebaikan orang lain
Galakan ini telah disebutkan oleh Nabi s.a.w.
dalam sebuah hadisnya.
Riwayat Imam Abu Daud yang bermaksud :
“ Sesiapa yang diberikan satu pemberian lalu
dia mendapati sesuatu ( berbentuk harta dan keupayaan pada dirinya,), maka
balaslah pemberian atau pujian itu (serta mendoakan kebaikan pemberi).”
Seorang muslim yang sempurna imannya akan
mengasihi saudaranya sebagaimana dia
mengasihi dirinya sendiri. Perkara yang disukainya akan dilakukan pula
kepada saudaranya dan sebaliknya. “what goes around, comes around”..
Jika kita suka menerima sesuatu pemberian, maka
mulakanlah dengan sikap memberi kepada orang lain terlebih dahulu. Moga-moga
dengan rasa ikhlas dan mengharapkan redha Allah s.w.t., amalan ini akan dikira
sebagai ibadah InsyaAllah.
Namun, jika kita tidak mampu membalas kebaikan
itu, cukuplah sekadar kita berterima kasih kepada si pemberi dan Allah s.w.t.
Doakan kebaikan untuk mereka. Itu sudah memadai. Jangan kita pulangkan semula
pemberian itu.
Didik diri untuk menjadi seorang yang ikhlas
menerima pemberian kerana nikmat itu sebenarnya datang dari Allah. Tergamakkah
kita menolak anugerah Allah ? Siapakah kita
wahai manusia sombong. Allahuakahbar.
Didik diri dengan Doa yang diekstrak daripada
Al-Quran
“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap
bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan ibu bapaku,dan
supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai,dan masukkanlah daku
dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”
( surah al-Naml : 19)
Kesudahan dan penghabisan kepada sekalian
nikmat berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud “ Sesungguhnya masuk ke
dalam syurga dan bebas daripada api neraka antara kesempurnaan nikmat”..
Marilah kita beramal dan berdisiplin dalam
mematuhi syariah yang disediakan oleh Allah untuk hambanya sebagai tanda syukur
yang sebenar seorang hamba terhadap penciptanya. Islam ini bukan retorik tetapi
pembuktian. Islam agama kerja dan amal. Ayuh pemuda pemudi agama, kita buktikan
!
"Beramallah kamu,maka Allah dan RasulNya serta
orang yang beriman
akan melihat apa yang kamu kerjakan,
dan kamu akan
dikembalikan kepada Allah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang
nyata,kemudian ia menerangkan
kepada kamu apa yang kamu kerjakan”
( surah al-taubah : 105 )
mood : cuti first sem..nak pergi australia n breath in the smell of those fresh roses..its spring >.<
No comments:
Post a Comment