Saturday, 27 July 2013

no title


after few minutes menelaah buku forensic..
rasa nak tulis somthing kat sini.

pengorbanan tu ap ?
dulu masa zaman sekolah, ckgu kata kene berkorban masa, tenaga utk study..
korban masa tengok tv even aku xsuka tgk tv..berkorban semua bnda fantasi utk dpt straight A plus.

bila zaman Alevel, pegawai JPA kata, kene korbankan masa bersuka ria dan masa rehat supaya ley lepas cut off points tuk fly..kalau x, dorg tarik balik scholarship.

kita buat semua !
in short, ramai org kata xde life la hidup sbb hidup baca buku je..
like i care ?

tp bila smp India.. definisi "berkorban" tu lain.

yelah, dah besar.. pilihan ad di tangan..org xpaksa, org xugut suruh score top rank..
nak study ke x, nak ponteng kelas ke x.. xde org kisah..

setiap orang, mujahadahnya berbeza.

kita selalu nak claim diri kita ni busy.. xsempat buat ini itu..
persoalannya kita ni busy buat ape?
busy mengumpul harta dunia ? busy menagih pujian manusia ?

kalau cerita pasal exam, kita sanggup buat ap je asalkan boleh pass exam..sanggup korban semua benda so that kita ley score flying colours..lg2 in medicine ni.

tapi bila cakap pasal tujuan hidup, tanggungwajab kekhalifahan dan pengabdian kita kpd Allah, kita mampu infak apa?
gulp !

sepatutnya solat mengatur masa study kita..tetpi realitinya study mengatur masa solat kita.

" sikit lg je nak baca, lepasni solat..awal lg ni nak solat"..
" si A ni kalau jd imam terawih, mesti baca ayat panjang..malslah pergi,esok aku exam "..


panas telinga dengar..nauzubillah.


sampaikan isu imam baca surah panjang pendek pun kita nak raise up, apakah ?
kat mana prioriti kita ?

kita hamba Allah ke hamba study ?
kita xrela berkorban masa utk ibadah fardu, tapi kita claim kita busy mencari ilmu..

sedar x kita dgn hanya satu sujud yg Iblis ingkar, Dia dilaknat oleh Allah.. disebabkan Iblis xnak sujud (menghormati) kepada Adam, mereka termasuk dlm golongan kafir

" Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir"
( 2:34 )

kita pulak macamne ? cer tanya diri, dah berapa kali kita lewatkan solat fardhu.. xpayah kira tahajjud, dah berapa kali kita tersubuh gajah sebab malamnya sibuk buat assigment..last minute work la katakan.
kat mana kedudukan kita sebagai hamba?

sekarang bulan ramadhan..
ok fine kelas bertambah pack gila.. balik rumah kadang2 masak pun xsempat..
tapi kita paksa diri utk berkorban, kena berkorban..balik rumah kena siapkan nota, kena revise lecture notes..

kita semua maklum bahawa ramadhan adalah madrasah utk mendidik jiwa dan mempersiapkan diri utk mengharungi baki 11 bulan yg dipenuhi dgn godaan syaitan..
tetapi masih lg ditakuk lama..malah kita lebih sibuk memikirkan persiapan hari raya..
tapi xde usaha nak dptkan ijazah taqwa pd akhir bulan ramadhan ini..
kita claim kita pergi tadarrus, puasa penuh..cukuplah tu..
apa masalah kita sebenarnya ?


"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat"
(7: 26)




kita semua bercita2 utk untuk masuk syurga bersama.. ila jannati zumara..
tetapi apa yg kita dah korbankan utk itu ?
lebih lebih lagi dlm bulan ramadhan ni..

sedarlah Islam yg kita warisi hari ni, adalah berkat hasil drpda pengorbanan para syuhada' dan para sahabat yg terdahulu..
tetapi kita masih pura2 xtahu..

renung renung kan..
selamat beribadah..mari kejar lailatul qadar !














Friday, 5 July 2013

reflection al quraisy


surah ke 106; makiyyah

" Kerana kebiasaan orang-orang Quraisy, 
 (yaitu) kebiasaan mereka bepergian pada musim dingin dan musim panas. 
Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Pemilik rumah Ini (Ka’bah). 
 Yang Telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari ketakutan.”

(Quraisy: 1-4)

KEBIASAAN ?

basicly dlm ayat 1 and 2 - org Qurasiy berdagang ke Syam pd musim panas, Yaman pada musim dingin..
thats their routine..

Allah stated dlm ayat 3 - ".. hendaklah mereka menyembah Tuhan rumah ini".
rutin Orang Quraisy is berdagang.. justeru aktiviti ini dah jd biase bg mereka.. 
sebenarnya ayat nilah Allah nak kita betulkan semula niat tu.. sbb bila benda yg kita buat tu dah jd rutin harian, kita xrasa memanisan jihad kita..
its actually a reflection of our niat.. kita buat sesuatu pekerjaan tu kenapa?

Sabda Rasulullah : 
"tiada lagi hijrah selepas kemenangan, 
yang tinggal hanyalah hijrah dari segi niat dan jihad".


Thursday, 4 July 2013

postexam

salam.

holiday ! holiday ! hello everyone ! just to tell u that i had been stucked in the room for more than a week preparing for my test.. as in pouring on medical books most of the time..xsenang duduk seminggu.. errrkkk ! manusia sekular : p

most of my friends asked  me hows was my test..i wondered what shud i reply..heee.
as long as i had done my best, i shud dump all the negative thoughts of having bad results kan?

ihsan ! berihsan lah dalam stp tindakan.. 


WORK ; TAWAKKAL ; RESULT

the reality works like this - there is a boundary between ur hard work and the result
because, Allah is there at the boundary.. in short, the result belongs to Allah..
stated as Qadar .. so as a muslim, tawakkal shud start when we first open our book,hoping that Allah shows u what is important for ur test, what to read...feels that He is there with u in each beats of the heart..this will indirectly strengthen your faith in HIM..so that you can stay calm when those unexpected questions are thrown to u..regardless of the result, u can find satisfaction in ur studies if u train urself to put all ur trust in HIM before u start, while, and after u finish revising.

i dont deny that everyone is expecting for distinction, good result etc etc.. 
but there is a huge diamond behind every single things that we do..
hey what is that ? dont u know ?
we do everything in order to get HIS redha,, dont u ?
study, eat, bath.. everything is done to achieve the goal.. HIS REDHA !
so why do u mind so much about ur result if u have done ur best in seeking for HIS redha..
we are faqir ! we need HIS redha to enter the Jannah.. frankly speaking. heeee..


 "Indeed, all things We created with predestination."
(54:49)

ok lets forget abt the test and all the miserable stuff ! lets bring up ur mood, its holiday.
staying at home for a week without any dreadful thought of test's questions is super awesome..
i can cook my favourite dishes n desserts whenever i want..freely without any hesitation..i can read those fiqh, islamic books till i fell asleep.. this is such a rejoicing moment after passing through the initial phase of the tough 2nd year !

3days left, do i use my holiday wisely ?
i guess so :-0

seriously i read a lot.. i mean more than 1.. heee
i have put aside all my medical books, as promised..
oh i made a deal with my self a week before my exam..i really need to catch up with the horrible medical syllabus..avoiding myself from touching other books.. just a week..
so after i came back from the exam hall, i started my race to read those books..
one of them is " Hari2 Dalam Hidupku " by Zainab Al Ghazali and " Maalim fit Tariq " by Syed Quthb..i plan to continue reading " Muntalaq " tomorrow.. insyaAllah
but just cant cope to khatam  Raheeb Makhtum at the same time..

besar hikmahnya xdpt pegi melbourne ni.. *whispering to myself..
a long story thou..hmm.

i slept at 2.30 am yesterday..reading and searching for news about Egypt and the Brotherhood.. yea as u the world realise that there is a chaos happening in Mesr..  Egypt’s military has ousted the nation’s Islamist president, Dr Mohamed Mursi, replacing him with a chief justice, calling for an early presidential election and suspending the Islamist-backed constitution.

personally i wonder what else do the Egyptians want.. Mursi was being elected from a very clean election - no blackout : pient of 1 year with Mursi?
i just coudnt brain this !

Mursi was being elected from a very clean election - no blackout : p
in a democratic way and now they just dont want him anymore.. why ?


hmm they have been controlled by taghut ! that simple answer tells everything.
obviously kuffar n islam couldnt be mixed or even unite !


"Allahummansur ikhwaninal muslimeen walmujahideen fil misr 
wa kulli makaan fi kulli zaman"

doa, doa , doa.. they are fighting to protect Islam..



Tuesday, 28 May 2013

random

post ini mcm xilmiah..
so kalau rasa xde masa jgn baca..

sedar xsdr da sebulan msuk secnd year..celaru haru biru semua ada..
slalu sgt claim xckup masa sbb byk sgt kerja kena buat dlm satu masa..
kebetulan balik cuti aritu beli byk sgt buku ilmiah n motivasi..first time beli buku pakai credit card duit JPA kasi ! cool habis !!
kalau x selama ni pakai pocket money dr FAMA..huhu (voucher buku beli stethscope).
so msuk kedai buku mcm masuk satu alam lain,mcm biase merempat kat tepi rak tumpang baca review buku bfre beli..
monolog dalaman " ni buku kelima aku ambil dr rak,bila agaknya nak baca,kat india?"
org selalu kata : "budak medic mana ada masa nak baca buku lain"
somehow betul jugak org kata, tapi xkan sbb kita buat medic kita xnak tambah ilmu pasai benda lain..loooser sgt ! pandai2 la cari masa, kalau agak2 bab tutorial esok mcm ntah ape2,xya la pre-read topic yg sah2 kene org explain..so baik buka buku ilmiah lain yg menimbun xhbs baca,heheh..
*contoh xbaik ni jgn follow..sebb tu xdpt distinction :p

masa nak blik india aritu,ayah bising lah jugak apasai beg aku berat sgt..baju adelah jubah 4helai kot..yg lain rupanya sebb stok buku cerita english aku beli kat big bad wolf,buku ideologi2,buku sejarah2 dunia n buku agama penuh dlm beg..buku medicine sebuah pun xde..huaaaa...
(stethoscope yg letak bawah katil pun terlupa nak bawa blk india)..
bfre cuti tu adelah plan nak revise subjek frst year yg blum power,tp at the end xbuka lgsung buku physio..buku raheeq makthum yg aku duk bawa ke hulu hilir..
mesti ayah terfikir " anak aku ni blajar apa kat india?".. huhu

bila hari2 blik kelas je penat, kat class mgantuk..penat melampau yg unbearable !!!
weekend je work load nak kene cover for seminggu,2 hari nak revise smgu punya syllabus..kerja gila!
dan jumaat n weekend jelah yg ade masa lbh for tarbiyyah islamiah..so haaa ketuk hati tanya iman..
krik krikkk..dapat rasa panahan perang badar dalam liver tiap kali weekend..huhu
work load tgi mcm botol air satu liter aku..so persoalan ni bermain lg kat otak..
" kau ni mcm robotla, robot manusia".."kalau asyik penat camane nak tunjuk qudwah hasanah"..
"ap nak buat supaya badan xpenat ?"

lepas 2o tahun hidup, i just realise that i couldnt sleep more than 5hours per day or else badan akan jd letih lesu...TAPI lecture kata kene tdo at least 8jam sehari baru otak fresh..somehow aku dah berjaya diracun dgn kata2 lecturr tu..
so baru2 ni aku interview budak2 chinese yg top kat class tanya bp jam dorang tdur sehari..
rata2 ckp 8-10 hours..i was like errrr!
so esoknya aku try tidur 10 jam! lpas subuh sambung lg tdo..xpena2 tdur pas subuh aku konon nak tryla..nak jd budak top rank medicine la konon..huhu..
unfortuantely i found myslef at the same spot.bahkan peh lg teruk punya lesu..
monolog dalaman :
" so kau nak cakap kajian manusia semua betul? dr sekolah rendah aku xpaksa diri tdur lpas subuh n tdur xlebih 8jam sehari ok jekan?hmm knp skrg baru nak hegeh2 konon kena tidur byk baru ley cemerlang kat movie world ni..
parents aku tidur sikit je, hari2 bangun tahjud kul 4.30, power je..otak geliga je..
what a laaaaaame joke hariyani ! "
nah,

" Mereka sedikit sekali tidur pd waktu malam, Dan pada akhir malam mereka memohon keampunan kpd Allah "
( 51: 17)

moral of the story, kalau selama ni kau rasa dah betul dah jalan yg kau pilih, ikut jelah..xya ikut cara orang..dorang xbangun tahajjud, xsolat..yg xpasai2 nak tiru mereka kenapa..

BE YOURSELF, BECAUSE THE ORIGINAL COPY IS MORE VALID

last week ade sharing masa nadwah..tafsir fil zilal..somehow aku rasa mcm berkobar2 nak korek more pasal syed kuthub..nak kaji kenapa fikrah dia macam tu..nak selami masa zaman dia tulis fi zilal ni, mesir bergolak mcm mane..nak baca buku Zainab Al-Ghazali," Hari2 Dlm Hidupku"..tp xde jual kat idnia ni..version english xjumpa :(
kecewa..tp xpe,simpan hajat ni, raya ni beli insyAllah..
btw i sat at the first saf sbb konon nak focus betul2..dgn xsengajanya ternampak la laptop akak yg bg sharing ni,desktop picture die tulis..

" kalau kita jadikan study sebagai matlamat utama, study akan mengatur hidup kita"..
  kalau kita jadikan dkwah n tarbiyyah sebgai kerja utama, DnT akan mengatur masa kita"..

so, apa mahu lagi ?gerakla ! reset reset minda..krik krikkk....

baru2 ni masa aku tengah termenung lpas balik class smbil minum air kosong n makan choc cadbury orag kasi, aku discover something..cer buka quran ayat 47:7 :
“Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”
cuba terbalikkan nombor tu jadi 74 :7 :
" Dan kerana Tuhanmu Bersabarlah"..

jalan ni memang pahitlah, xde dapat free bunga ros ke..dpt duri lg adelah..sebab tu Allah pujuk dlm ayat 74;7 tu suruh sabar...as in dlm bekerja utk agama Dia..subhanallah !
currently reading Wacana Pemikiran Reformis, so tengah semngat lah kut...huhu
conclusionnya, ISLAM PERLUKAN KADER YANG BERGERAK !
ya muzammil !!

Buku ni best sangat, tapi pinjam orang punya..nak beli : (
ok, time to study!!
: )

ITTAQULLAH !! IHSAN ! IKHLAS!
 ni wall kat meja study..ad gambar family terchenta..
Saje nak tunjuk meja study, kerusi keras yg buat aku terjaga bfore subuh : )
dah lama xmerasa tidur ats katil sbb asyik terlelap kat meja

Saturday, 27 April 2013

sebab kau kata kau sentiasa ad Allah


Bismillah.
4.52 am, 28april 2013.
genap 8hari sblum pulang ke india.

an experience to be shared in this post..sebenarnya tulis ni sebab tersentuh sgt..ada cerita disebalik tindakan membuka macbook dan menaip ketika bacaan surah baqarah memecah kesunyian malam ni..but bfre i start, just wana ask u,

1: betulke kita benar2 beriman yg kita sntiasa ad allah bersama ?
2: kat mana kita letakkan Allah tu dlm hati?

nah, ni grab dr buku FANZURU..bebrapa hari lpas :

"Kalau kamu hendak tahu di manakah kamu di sisi Allah,maka lihatlah di mana kamu meletakkan Allah di dalam hati kamu " - Dr Samirah Tohir

mari reset hati, sentiasa letakkan Allah yg utama ! HOOREY..*padahal air mata sdg meleleh menulis

disebabkan lg beberapa hari nk blk india, mcm biasa..timbullah perasaan yg xbest nak blk tu..i start to think that ill be far from my mom,dad n brothers..my frends ! this is very bad..bad for a small kid like me..when u feel that u r dead without them by ur side..bad bad ! sesuai nk tanya soalan ni skrg, di mana Allah di hatiku ? 

seminggu ni xpergi class tahfiz sbb mereka ad exam..bersenang-senanglah sy di rumah,hanya menghafaz dgn jumlah yg minimum..dahlah sikit, xfahamkan betul2 terjemahan pulak..bajet bagus sgt dah power bahasa arab,kononnya bunga bahasa dlm surah fathir senang.. *senyum sinis

seminggu yang sgt melalaikan : (

bangun pg arini, kena hantar adik training golf n bermulalah saat2 dimana Allah uji dgn ayat ni :

" Kerana itu,ingatlah kepadaKu, nescaya Aku akan ingat pula kepadamu dan bersyukurlah kpdKu dan jgnlah kamu mengingkari nikmatKu" - (2:152)

mungkin sebab Allah masih sygkan sy, so Dia hantar ujian sbb nak sy ingat semula pd Dia..
sy terlupa baca mathurat pg n petang.. 
peliknya I DONT REALLY FEEL GUITLY TO HIM !! this is my first time having such "relax" mood when not doing my ibadah.. : ( bila dah maghrib, terfikir xpelah lpas isya bole baca mathurat..penat sgt, dan sy tertidur without mulk..

so nak ceritanya, terjaga pukul 1 lebih td..buka mata terus terduduk kat katil, i couldnt stop my tears.. seriously i couldnt!
rasa sdh sgt bila teringat yg diri sgt futur smp lupa mathurat,mulk yg merupakan salah satu sumber kekuatan n persiapan bertemu Dia..

" kau kata kau sentiasa ada Allah dalam  hati, tp kenapa kau bole terlupa beribadah pd Dia even ibadah sunat ? kau selalu suruh kawan baca mathurat, tp arini camane kau bole terlupa nak baca? dah lupa Allah ke hariyani ? " 
-monolog dalaman yg menyebabkan bantal semakin dibasahi air mata..

" aaaaah, xbole jadi,aku mennangis pun xde faedah, Allah kan sentiasa ada..time for tahajjjud ! "
 -second monolog,positive sikit lepas mata dah bengkak

(3:133-135)


Allahumma la taj'aliddunya akbarahimmina!
Oh Allah, don't make this world our biggest concern!

Allah masih sayang saya,ye sy yakin...i grabbed my Quran, i flipped the pages...
He stop my hand at the page of ghafir..pg 476 : 

( 41 : 49-52)

TERASA TERASA TERASA ! 
mcm kene tembak dgn M16..
telinga bergetar, lacrimal glands bocor, hidung berair..

back to the tarbiyyah, kat mana kita letakkan Allah dalam hati kita? dlm stp tindakan kita ?
bila kita sedih jeke? or bila kene dumb dgn boyfren je or bila ad family problem or stress exam JE ?
maka LOOSER lah kita ! *potong bawang
duduk diam2, tarik nafas dalam2, fikir dr pg smp malam, kat mana tempat kita di sisi Dia ?

sebab Allah sygkan kita, Dia masih pandang kita, bila kita jauh dr Dia, Dia rindu nak dengar tangisan kita meminta dr Dia..Dia hantar Jibrail utk campakkan ujian supaya kita kembali bergantung pd Dia yg qayyum..
so why dont we start it all over again..iman yg turun tu kita upgrade kasi naik tinggi sikit..kan ? 


i love Allah n prophet Muhammad more than everything in thsi whirlworld, 
how about you ?













Sunday, 31 March 2013

cerita budak first year


Bismillah, 

sy sedang bercuti..just finished my first year mbbs..leganya alhamdulillah.
genap sebulan seminggu bercinta dgn buku..bercinta as in pouring on books with the high level of concentration..study last minit la katakan..last minit ke?subjct biochemistry kut.

ramai org tanya,best xfirst year..gulp.
jawapan saya, penat..frst year is the time untuk strenghten ur base..to me,kene stdy betul2 secara serious..we had classes from 8.30 to 4.30 everyday,with only 30minutes break..mlm kena revise lecture notes,approximately 4classes..agak2 penat x?
jawab sendiri : )
mungkin sy rasa penat sebb sy belum "menjiwai" medicine tu..xtau anda bagaimana.

kewarasan diduga dgn hebatnya semasa study week..nak tidur rasa bersalah sbb byk xrevise..nak masak rasa buang masa, so order je makanan or else makan cornflakes,fruits..berlipat kali ganda pakcik kedai tu untung sbb kami duk beli susu n cornflakes berpack2..so turun 2 kg..diet yang tdk dijangka.

iman lagi hebat diduga..masa stdy week,byk sgt jaulah n daurah..yg luar bangalore tu xmmpula pergi.
sedihla jugak..rugi ! bila murabbi tanya knp xpergi..xtaula nk jwab apa : (
hati kosong..pernah sekali xpergi usrah sbb migrain melampau,tapi jauh disudut hati,bole je paksa diri..cuma on that day,TERmanjakan diri..so layankan aje kepala yg sakit..menyesalnya Allah je yg tahu..felt very bad,hati kosong..otak celaru..buka quran,nah dapat ni.


 "Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." 
(Muhammad 47:7)


disebabkan rasa bersalah byk xrevise,kurang tidur smp mata mcm panda..so masa azan je must terus close the books n ambil wudhu cause that was the beginning of my rest..syukur alhamdulillah, i found peace in my prayers..i rest my mind in my sujud..
pernah ada 1thought : " masa study week xpayahla hafal quran,kene spend lebih masa for books"..
go to hell..
bebrapa hari disesakkan dgn pemikiran sebegitu,alhamdulillah ditarik semula dr jurang pemikiran ahli neraka..
nasihat saya, masa exam ialah masa yang Allah buka byk sgt peluang utk dekat dgn Dia. jangan sia2 kan..jgn tinggalkan quran walau satu waktu solat,jgn abaikan dhuha walau sekali..jgn lupa puasa walau sehari seminggu,jgn lupa tahajjud walau sehari..tp ingat, paksikan setiap ibadah itu hanya untuk mencari keredhaan Allah. bukan sbb nak exam, nak minta doa supaya result bagus sahaja. ingat, 


Pelajaran hanya alat utk mengejar syurga Dia, bukan matlamat sebenar kita.
mengapa ? sebab kita hanya seorang hamba kpd Yang Esa.

"Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah  kepada Ku”
(Az-Zariyat: 56)


segalanya dikira sebagai ibadah..ratib n atid xpernah tidur atau leka..konklusinya,marilah kita berusaha mencari redha Allah dlm stp tindakan kita. Sebab kita perlukan redha Dia untuk masuk syurga..kan?

nak cerita ke"horrible"an last paper..which was the practical a.k.a the killer paper..ada 20 stations..kebiasaannya,malam sebelum exam practical,ramai akan burn the midnight oil dek sibuk menghafal chemicals yang nak dicampur keesokan harinya.plus menghafal penyakit2 yg tertera dlm buku physiology..same thing happnd to me..

first station dapat soalan ausculatation..cuak nya sebab xdengar ape2 sound utk detect bp minah tu..adoi..apa lagi,hentam ajelah bp dia 120/80 whch is the normal rate..hehe..station2 seterusnya lebih menguji minda dan menyesakkan otak..tiap kali pegang pen sebelum start baca soalan,dah janji dgn diri mesti istighfar n redha dgn soalan yg bakal dibaca.. disitulah letaknya tawakkal kita kan? dpt jawab ke x tu blkg kira,yang pntg kita cuba jawab apa yang bermain di kepala..semua tu Allah yang berkuasa,idea semua Allah yg bagi..apa yang terlintas,tulis je kalau dah xtau sgt..sebab tiap masa kita doa supaya Allah tolong n mudahkn kita, xkan Allah xtolong kita kan..so gerak hati itu sgt bermakna..
jujrnya, logiknya sy rasa i did very bad sbb practical paper mmg haru..ade yg xtau lgsung jawapan..garu kepala..nak meleleh air mata.,tapi cepat2 neutralisekan hati..yang Allah kira stp usaha kita..alhamdulillah tiap kali mula bljar, sy letakkan sepenuh pergantungan kat Allah..bak kata orang " Do the best n leave the rest to HIM"..xgitu ? huhu..do the best tu bila? tima exam jeke? no ! u have to do the best EVERYTIME! lagi2 masa revision n classes *even sy slalu tertdo dlm class, tp kita kene atleast usaha nak buat yg terbaik dlm semua perkara, sbb Allah kira usaha tu.

one thing, sy sgt serious dan percaya yang doa ibu tiada hijabnya..so setiap kali exam sy akan listkan waktu n tarikh exam bagi kat mama..and just wana tell u that i have an awesome mom ! my mom wont stop zikir n doa for the rest of my exam period xkiralah berapa jam, hari apa n bila..bak kata ayah saya, selagi sy xcall lepas keluar dewan exam, mak saya xbangun dr sejadah..
so,ni pun jadi pembakar smangat masa exam..* jgn bagitahu mama.
tiap kali rasa putus asa bila ada soalan yang xdpt jawab,sy mesti fikir mak saya tengah doakan saya tu..Alah mst tolong sy jawab soalan ni..sgt positifkan? alhamdulillah dr sekolah dia buat begini : )
so awak minta la ibu awak pun buat juga,,sebab rata2 kawan saya yang hebat kat luar sana, mereka sgt mengharapkan doa ibunya disamping usaha n doa kita sendiri : )

sentiasalah kita bersangaka baik kat Allah sbb Allah xzalim..dengan syarat, setiap usaha yang ditaburkan, sebelum mual apa2,kita perlu betulkan niat utk dptkan redhaNya n mesti latih diri utk redha dgn apa yang ditakdirkanNya..InsyaAllah kita xkan putus asa di pertangahan jalan, atau kecewa di hujungnya sbb kita da letak asas pergantungan yang kuat pada Dia.

sekarang sy sdg cuti,so banyak benda rasa nak buat.. tapi sy pilih untuk membaca..baca buku agama sbb rasanya mcm kurang sgt yang dah dikhatam n faham..
ada 3minggu berbaki, nak tambah satu juz ? insyaAllah. 
cuti ni nak sgt spend masa dgn keluarga..sy harap anda xberkecil hati kalau sy kata " xle nak hangout" 
tolong doakan saya : )

smoga post ini bermanfaat untuk kalian semua..
semoga Allah redha dgn stp usaah kita di jalanNya.

ps :
nak ucap thank u to usrahmate sy yg xhenti2 bagi nota2 cinta dr Dia,
kembar sy,aini hafizah sbb Allah selalu sgt hantar dia dikala jiwa sy bergelora dgn study..
thank u to ainatul asyila n huda sbb hari2 teman sy skype sambil study..
jazakunnallah semua kawan2 yang sama2 doakan kejayaan saya,
semoga Allah pandang semuanya : )

*famili sy xbaca blog sy, apepun kalau mama,ayah,adik2 terbaca, thank you so much for supporting me throughout my first year, now im a second year student,hoyyeah...
ill work hard for distinction utk second year, distinction for ummah insyaAllah : ) 


Wednesday, 7 November 2012

kalian yg dirindui


assalamualaikum..
bismillah :)

seems so long.. 
rindunya pada sahabat2 seperjuangan, tidak tergambar dgn kata2..
jauhnya kita dipisahkan oleh DIA..
bertebaran di muka dunia utk melaksanakan amanahNya,
aini hafizah, madeeha syaheedah, ainatul asyila, norul asyikin, raudhah
nurfadhilah, nur alifah, syakirin, maziah, huda, atiqah salwa, hanisah, aqilah, Jaja 
saudara seusrah..mufidah, afiqah..
Kak syahidatul atiqah,kak hazirah ,kak zham dan semua di luar sana..

apa khabar kalian semua ?
semoga sentiasa dlm redha Allah.

i found this from aini's wall, glad to share this..
sama2 kita kejar solehah..
srikandi islam..


"Seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. 

“Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran". 

“Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”. 




jika kita mahu bekerja untuk islam..
sama2 lah kita perbaiki diri,
kejar solehah, buang jahilyyah..
sama2 tajdid niat..

uhibbukunna fillah <3




" Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), 
kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna)" 
( surah al-A'laa : 9 )