Saturday 26 October 2013

Kemahuan yg memberi kerehatan


Dua kaki, dua tangan,
sekujur tubuh anugerah dari Ar Rahman,
lidah yang basah memuji Rabbul insan,
jari-jari yg bersaksi atas asma' Tuhan,
bahu-bahu yang memikul realiti kekhalifahan,
mana mungkin mampu hidup tanpa cahaya di kiri dan kanan.

Ruh ini hauskan minuman,
menongkar anasir jahiliah di lajur jalanan,
Al-Furqan itu merungkai bait-bait persoalan,
tarbiyyah itu menggerakkan IMAN.

si Qalb ini aula untuk diisi,
sebelum memenuhi kekosongan si Madu',
ujian itu pasak pengukuhan seorang Daie,
Taqwa dan tawakkal mengelak celaru

 Penat lelahmu bukan sia-sia,
Bangun dan bangkit demi Islam tercinta,
Kalimah toyyibah diangkat sentiasa,
kumpulkan modal di ladang dunia,
untuk menuai di akhirat milik si Dia

Mana mungkin futur itu menuruti pejuang agama,
menggapai keindahan sebuah syurga,
Tasneem di sana menanti rijal-rijal yang sejahtera,
syahadahku akan disoal ditanya, 
namun bukan aku sahaja, kamu juga.
hiduplah untuk akhiratmu dan akhirat mereka,
jika bukan hari ni persoalannya bila ?



11.13 pm,
bayt tasneem..
india.



No comments:

Post a Comment